Monday, June 21, 2010

TELUR PINDANG..OH..TELUR PINDANG..

Sebenarnya, dah lama Zie teringin nak makan telur pindang ni. Jadi minggu lepas Zie trylah usha blog yg jual telur pindang, malangnya tempahan min. yg diterima ialah 200 biji! Banyak tu , yg nak makan Zie je. Orang utara ni bukannya pandai makan telur pindang sgt, nikan makanan org belah selatan nun. Jadi hasrat tu terpaksalah dikuburkan..Yang bahagia tu, tup..tup..petang tadi kawan Zie , SARAH namanya dtg bawa SEBIJI telur pindang..Macam tau-tau je...Kata Sarah emaknya dr Johor dtg bawa telur pindang tapi dah tinggal sebiji, sebiji pun sebijilah, tulah rezki namanya . Rasa puas dpt mkn telur pindang tu. Terima kasih SARAH... jasamu akanku kenang. Terima kasih daun keladi, kalau boleh bagi lagi....

Saturday, June 19, 2010

BESTNYA PULAU MANUKAN, SABAH

Pulau Manukan terletak di negeri Sabah. Salah sebuah pulau yg patut anda kunjungi jika menjejakkan kaki ke Sabah. Perjalanan ke Pulau Manukan dgn bot dari jeti Jesselton, Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 25 minit. Enjoy naik bot ni tapi takut gak bila enjin bot tiba-tiba terenti dipertengahan jln. Dahla tak reti berenang, terus teringat anak-anak yg ditinggalkan di Semenanjung.

Nilah dia Jeti Jesselton Point ....

Sampai di Pulau Manukan, tengok pulaunya terus jatuh cinta...Airnya memang jernih, nampak segala mcm ikan didlmnya, memang cantik. Rasanya mcm nak berenang je tapi sayang bikini lupa bawak plak..............he..hee...

Sempat gak bagi mkn ikan kat sini, sekali baling roti berdoyon-doyon ikan tiba....cuma ikan' doyong' je yg takde


Tengok tu ..... seluas mata memandang begitulah luasnya kopak duit suamiku...Sayang abg, laen kali bawa jln lagi yek...

Inilah dia suamiku tercinta, yang sedia wangnya dikorbankan utk membawa aku kesini....hensem tak...(puji ckit)

Seronok dtg kat sini, laen kali tentu aku akan dtg lagi, bawak anak-anak plak....

Walaupun dah masuk 40 thn, suamiku tetap maintain (mane tahu dgn pujian ni thn depan dia bawa aku pi Sarawak plak, he.. hee..)

Seronok giler sekali-sekala boleh jln. tinggal anak..

Cantikkkkan? Aku tak tipu punya....

Tengok tu orang di Penang memang tak dpt punye jumpa air sebersih ni, biru woooo!

Ini peluru peninggalan sejarah masa Perang Dunia dulu, masih ada lagi tapi dah takde rupa peluru dah yg hujung tu, dah uzur sgt!


Go Cik Lat Go Cik Lat Go!

Awai-awai pagi ni nak pi mana Cik Lat ? Kayuh sakan nampak . Hati-hati Cik Lat jgn rempit sangat satgi kena langgaq, sapa nak jawab!

KUPU-KUPU AKU RINDU...


Ini adik Zie namenye Lyza, student kat UMP. Satu pagi tu time nak pegi kuliah dia terserempak dgn kupu-kupu ni lalu diapun singgah jap dan pesan kat kupu-kupu tu, katanya, " Kupu-kupu katakan padanya aku rindu ....." jadi pada yg berkenaan.... sambutlah salam rindu itu...
Pesanan dr pencinta : Bercinta tu biarlah satu, jgn psg spare part 2,3 plak, anyway selamat bercinta utk para pencinta...

Thursday, June 17, 2010

BETUL KE ADA HANTU?

Ceritanya camni...minggu lepas masa Zie balik rumah mak mertua nun gambar di atas, anak sedara (dah anak dare dah) suami ada cerita. Ceritanye gini kejadian tu berlaku dah 2 kali. Kali ni baru dia buka mulut bercerita. Katanya pada satu mlm sedang dia tgh nyenyak tidur tiba-tiba terdengar bunyi pelik di atas bumbung rumah tu, bumbung zinklah plak tentulah jelas bunyinya. Bunyi tu mcm bunyi benda kena seret (rambut benda alah tulah gamaknye, ke kain dia, ntahlah??) Mulanya dia buat donno tapi bila lama aik makin kuat plak bunyi....Nak kata mamai dia dgr dgn jelas, mulanye dgr benda alah tu gelak....lepas tu buat suara hibalah plak tak tahulah apa yg disedihkan laki lari kot......kejadian berlaku bknnya sekejap adalah dkt-dekat sejam , berpeluh lah kawan. Lebih kurang dr pukul 3 ke 4 pagi maunye tak peluh. Nak buat camne nak lari turun bwh kaki dah jemm, nak jerit suare dah takde, apa yg bleh buat duduk diam bwh selimut jela............Esok pagi semua org dlm rumah tu buatle discussion, ropanye dari 4 org yg ada mlm tu 3 org yg dgr rintihan benda alah tu, cuma yg sorang tu tidur mati gamaknye maka dia tak dgr...Jadi persoalannya apa benda alah tu. Ngapelah dia sedih sgt...........Ade sape-sape tahu apa benda tu atau pernah mengalami kejadian yg serupa ? Bolehlah share....

* Sebuah kisah benar dr Pencinta.


Wednesday, June 16, 2010

ANDA SUKA BERSIN?

Sape yg tak pernah bersinkan? Tapi tahukah kekawan sekalian sumber dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasullullah s.a.w pernah bersabda : " Sesungguhnya ALLAH menyukai orang yg bersin". Kenapa? Ini adalah kerana bersin boleh membuatkan tubuh kita menjadi sihat, rajin beribadah dan menghilangkan keinginan utk makan berlebihan. Oleh itu bila rasa nak bersin jgnlah ditahan-tahan....

Adab ketika bersin :

- merendahkan suara
- menutup mulut
- tidak memalingkan kepala
- mengucap Alhamdulillah walaupun ketika sedang solat.

(Pesanan dr pencinta : Biasakan yg betul dan betulkan yg biasa)

KEK COKLAT LEMBAP


BAHAN - BAHAN :

- 250 gram butter
- 2 stgh cwn gula halus
- 4 biji telur saiz besar
- 2 stgh cwn tepung gandum (diayak)
- 2 cwn susu segar
- 1 cwn serbuk koko (di ayak dgn tepung)
- stgh sudu baking powder (di ayak dgn tepung)
- stgh sudu soda bikarbonat (diayak dgn tepung)
- 1 sudu teh esen vanilla

CARA-CARA MEMBUAT:
Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan tepung selang seli dgn telur, susu segar dan esen vanilla. Kacau sebati. Masukkan ke dalam loyang utk dibakar. (Utk topping coklat segera, boleh dibeli di kedai menjual bahan membuat kek)

DREAMS - PENCINTA

We all have dream.....We all want to believe deep down in our souls that we have a special gift, that we have a difference, that we can touch others in a special way and that we can make the world a better place. What's one of your dreams? It may be something you've forgotten about or have given up on. If that vision were alive today, what would your life be like? Think.......

Tuesday, June 15, 2010

UMMI PUBLIC PHONE TU APE?

Zaman sekarang mane ada bebudak yg kenal dgn public phone. Celik-celik mata dah main dgn handphone...tu yg mereka kenal. Bila dah sekolah pakat ada sorang satu . Takpayah tunggu masuk sek.men, sek. ren.pun pakat dah pakai. Bertuah sungguh bebudak sekarang...Mak bapak pulak jgnlah asyik memberi je , sekali sekala pantaulah sama apa yg mereka buat, agar kita tak nyesal kemudian hari. Tengok mcm cik Fatin tu bahagia je posing dgn tel. merah dan hitam , bukan ape sbg kenang-kenangan mana tau bila dah jadi anak dara nanti, tel. jenis tu dah pupus....boleh gak gambar ni jadi rujukan................


ADAM REMPIT!


MASA NI ADAM 5 TAHUN TIME JALAN-JALAN DI SHOPPING COMPLEX DI PENANG. SEBAIK NAMPAK MOTOR COMEL DIKEDAI MAINAN TU ADAM TERUS TAK TENGOK KIRI KANAN TERUS MEREMPIT SIAP BUAT MUKA LEPAS GIAN PLAK TU. TOKEY KEDAI BUAT MUKA TOYA JE... DIAPUN TAHU MUKA NI BUKAN NAK BELI MOTOR TUPUN... UMMI DAN ABAHPUN PASAL DAH TERMAKAN BUDI ADAM DAH NAIK MOTOR TU BELILAH MAINAN YG MURAH-MURAH SIKIT KAT ANAK-ANAK SORANG SATU..... JANGAN MARAH AAA.....

RINDU ITU DATANG LAGI...

Bila rindu padanya datang lagi hanya tangisan dlm hati yg dapat mengubat segala kerinduan. Dia..walau bukan yang teristimewa namun kehilangannya begitu terasa. SMS yg diterima pada tengahmalam pada 22/11/2009 yang lalu bagai menyentap tangkai hati...Dia dah pergi.....Betul ke? Mana mungkin perkara berkaitan kematian menjadi bahan mainan. Pasrah....Selama 4 tahun berkongsi cerita. Terkilan tak dapat bersua hanya sms pengganti bicara selama sebulan sebelum pemergiannya. Tiada ucapan selamat tinggal... Sudah suratannya begitu, tak mampu menepisnya walau sesaat. Sahabatku semangat dan ketabahanmu kukagumi. Damailah kau disana, hanya doa yg dapat kupanjatkan untukmu. Senyumanmu masih ku rindukan.........

PUASA SUNAT REJAB

Bulan Rejab dtg lagi bermakna kalau diizinkan ALLAH kita akan dipertemukan dgn Ramadan tak lama lagi. Mengamalkan puasa dibulan Rejab ini bakal memberi kita pelbagai pahala spt yg dijanjikan ALLAH. Selain dari melatih diri menghadapi Ramadan ganjaran yg bakal ALLAH berikan sgt besar. Bayangkan hanya sehari kita dpt berpuasa dlm bln Rejab ganjarannya ialah spt berpuasa selama 40 thn, akan diberi minum air syurga dan diberi pahala spt mengerjakan ibadat seumur hidup. Masyalllah betapa besar ganjaran yg bakal kita dpt walaupun hanya sehari berpuasa di bulan ini. Bayangkan kalau kita dpt berpuasa sebulan penuh! Satu lagi kelebihan yg tidak patut kita tinggalkan ialah berpuasa pada 27 Rejab (hari Israk dan Mikraj) pahala yg diberikan spt berpuasa selama 60 bln. Jika disertai dgn ibadah bersedekah akan diberi pahala spt berpuasa seribu thn !!! Jadi sama-samalah kita rebut peluang ini walau hanya sunat jgn lah kita abaikan bonus yg ALLAH janjikan utk kita ini.....

JOM PI LANGKAWI


Baru sampai ke Pulau Langkawi, first time Cik Fatin naik kapalterbang.Geli perut katanya (mungkin gayat kot..) Happy je anak-anak tak tau poket abah bakal rabak.

Show ni spontan bukan ummi ajar tau! (Berjaya Hotel....cantik banget...)

Cantik sungguh pemandangan kat Berjaya Hotel Langkawi ni, pantainya pun cantik, pasti kami akan dtg lagi.....

Cik Sarah ni memang suka posing, Cik Fatin selalu tiru dia, kat belakang tu tmpt parking bot-bot mewah, kamipun parking bot kami disini gak tapi bot kertas jela............

Abahpun join sekaki, Cik Fatin kena dukung bukan apa takut terjun laut... sape nak tolong?

Adam seperti biasa suka dgn benda-benda camni, pantang jumpa terus naik macam bapak dia punye, nak buat camnekan janji anak-anak bahagia....


Ni di Underwater World, Langkawi. Ummi dan abah dah masuk byk kali, kini giliran anak-anak plak


Adam dan kakak happy sgt, takpelah ummi dan abah nak bawa ke Kutub Utara tak mungkin agaknya jadi kat sinipun cukuplah..............


Adam kagum kat muncung ikan ni, dia nak buat gulai, boleh ke ?

Cik Sarah kalau posing on je.. tengok Adam kat belakang tu kenapa pegang baju kakak? Sebenarnya dia gerun gak tengok ikan besar tu...


Letih menunggu flight sampai tertidur Cik Fatin, tu yg senangnya jadi bebudak...














































ADAM DAN TOK

Tok cuma ada 3 org cucu lelaki dan Adam salah seorg darinya. Ini adalah gambar terbaru Adam dgn tok yg diambil baru-baru ni. Sape yg nak ngorat Adam kena berdepan dgn toknya dulu. Amacam ada berani?

ADAM & DINOSOUR

Adam dah komplen katanya gambar dia tak byk asyik letak gambar Cik Fatin aje...Jadi disini ummipun tunaikan permintaannya. Harap Adam puas hati dan tak komplen lagi....

KERANAMU SEARCH !

Hari tu masa SEARCH buat konsert DI AWAN BIRU, Zie dan suami yg memang meminati SEARCH sejak zmn sek. lagi tak lepaskan peluang utk menontong konsert mereka. Venue pertama utk konsert mereka ni adalah di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Nilah tmpat yg paling dekat dgn tmpt tinggal kami so apalagi awal-awal lagi dah buat persiapan hantar 3 org tentera kami blk kg. Sampai disana kami lihat ramai rockers-rockers tua (cam kami he..he...) Syg seribu kali syg kawalan dipintu msk ketat sgt mcm-mcm takleh bawa masuk. Tapi takpe janji KAMI boleh masuk..Walau hujan konsert tetap diteruskan.

Ni baju yg Zie pakai...............





Frust takdpt bawak msk camera dlm konsert dpt tangkap kat trailerpun cukuplah..tanda kenangan....cian..



Logo kat belakang baju..............



Yang ni bahagian depannya................










KENANGAN ITU......



Semalam masa ngemas bilik terjumpalah name tag masa kerja dulu, nilah satu-satunya kenangan yg tinggal time kerja dulu. Masa pantas berlalu sedar tak sedar dah 7 thn dah Zie tinggalkan alam perkerjaan. Teringat zaman-zaman berkasut tinggi dulu, kalau berbaju biru dari atas sampai bawah semua biru...Namun semua dah tinggal kenangan, dulu sibuk dgn kerja bila bln dah nampak baru bleh sampai rumah, tensionnye...Sekarang segalanya dah berubah namun tugas sebagai ummi kpd 3 org anak bukanlah semudah yg disangka, bertitle isteri yg bekerja dr rumah juga tak kurang dgn bebannya tapi Zie lebih bahagia dgn suasana sekarang. Walaupun dah tak berkasut tinggi spt dulu hidup rasanya lebih tenang. Apa jua keputusan yg dibuat samada bekerja atau menjadi suri rumahtangga terpulang kpd kita utk membahagiakan diri sendiri dan insan tersayang. Utk suami tersayang terima kasih kerana sentiasa menyokong dr belakang atas apa jua keputusan yg Zie buat utk kebaikan keluarga kita.

BOLA, BOLA, BOLA !!






Baru-baru ni mase jln-jln berdua kat Midvalley, KL ada pameran jersi pasukan bolasepak yg sekarang sedang bertanding dlm World Cup kat Afrika Selatan nun. Nampak menarik je jadi kamipun tumpanglah sekaki ambik gambar. Nasib baik anak-anak tak ikut, kalau tidak kecohlah jugak tengok kasut gergasi tu..Nampaknya thn ni cik abg sokong pasukan Belanda, menang ke tak kita saksikan final nanti. Adios!




BESARNYA KUASA ALLAH




Alkisahnya kejadian pelik tapi benar ini berlaku beberapa thn lalu di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Dgn kebesaran ALLAH wajah seiras manusia telah muncul pada batang pokok pinang tu. Maka berdoyon-doyonlah manusia dr segenap pelosok kg dan kota dtg utk melihat kesahihannya...Memang kejadian ni benar kerana ia berlaku dekat dgn office suami kak Zie, jadi yg tukang tangkap gambar nipun dialah...Renung-renungkan.....




Monday, June 14, 2010

BERTAMBAH LAGI CUCU WAN



Alhamdulillah pada 7 Jun 2010 yg lalu Zie dapat anak sedare baru. Setelah 7 thn barulah Nur Aina Maisarah dpt title 'kakak'. Adiknya diberi nama Ainisha Maisarah. Sekarang mak dan abah dah ada 6 cucu : 5 girl dan sorang boy. Semoga mereka membesar menjadi anak-anak yg soleh/solehah dan berjaya dlm hidup. Amin.

ADA SESAPE KENAL TAK DIA NI?


Ada sesape kenal tak dgn kawan ni? IC dia tertinggal mase dia naik keretapi ke Segamat ari tu. Kalau sesape jumpa dia tlg kirim salam dan bagitau IC dia ada kat aku... Cian die, takut kwn takleh balik kg plak.....

MASIHKAH ADA CINTA ??


Alam rumahtangga adalah satu alam yg tidak pernah lekang dgn dugaan, cabaran, suka juga duka. Setuju atau tidak masalah dan dugaan tak pernah lekang dlm kehidupan insan yg berumahtangga samada melibatkan anak-anak atau pasangan masing-masing.Lain org lain kisahnya. Namun terpulang pada kita bagaimana mahu menangani masalah yg mendatang. Dalam duka pasti ada suka.. Dalam kelam pasti ada sinar...Walau bagaimana payah sekalipun masalah yg mendatang yg penting sentiasa sematkan dihati kita tetap ada DIA....


Tips semarakkan hubungan :


1. Bina ikatan yg kuat (ingat diluar sana terlalu byk dugaan menanti)



2. Cari kebaikan dan hindari keburukan (sentiasa baik sangka)


3. Rajinlah memuji (ingat saat-saat bercinta dulu)


4. Sentiasa bersopan (hormati dia sbg ketua keluarga)


5. Sentiasa mesra (terutama utk yg berumahtangga > 10 thn)


6. Dengarlah luahan hati si dia (walau kekadang boring dan takde mood)


7. Luangkan masa bersama (curilah masa gi tengok wyg ka, lepak berdua ka)


8. Saling bertukar-tukar hadiah (walaupun murah takpe janji buat kejutan)


9. Berbulan madu (walau berat tinggalkanlah anak-anak tu sekali-sekala)


10. Sekali-sekala berjauhan (pergilah bercuti dgn anak-anak tanpa dia mudahan- mudahan dia belajar utk merindui kita tapi kalau tak, lu pikirlah sendiri...!)