Monday, June 14, 2010

MASIHKAH ADA CINTA ??


Alam rumahtangga adalah satu alam yg tidak pernah lekang dgn dugaan, cabaran, suka juga duka. Setuju atau tidak masalah dan dugaan tak pernah lekang dlm kehidupan insan yg berumahtangga samada melibatkan anak-anak atau pasangan masing-masing.Lain org lain kisahnya. Namun terpulang pada kita bagaimana mahu menangani masalah yg mendatang. Dalam duka pasti ada suka.. Dalam kelam pasti ada sinar...Walau bagaimana payah sekalipun masalah yg mendatang yg penting sentiasa sematkan dihati kita tetap ada DIA....


Tips semarakkan hubungan :


1. Bina ikatan yg kuat (ingat diluar sana terlalu byk dugaan menanti)



2. Cari kebaikan dan hindari keburukan (sentiasa baik sangka)


3. Rajinlah memuji (ingat saat-saat bercinta dulu)


4. Sentiasa bersopan (hormati dia sbg ketua keluarga)


5. Sentiasa mesra (terutama utk yg berumahtangga > 10 thn)


6. Dengarlah luahan hati si dia (walau kekadang boring dan takde mood)


7. Luangkan masa bersama (curilah masa gi tengok wyg ka, lepak berdua ka)


8. Saling bertukar-tukar hadiah (walaupun murah takpe janji buat kejutan)


9. Berbulan madu (walau berat tinggalkanlah anak-anak tu sekali-sekala)


10. Sekali-sekala berjauhan (pergilah bercuti dgn anak-anak tanpa dia mudahan- mudahan dia belajar utk merindui kita tapi kalau tak, lu pikirlah sendiri...!)

No comments:

Post a Comment