Saturday, June 12, 2010

SAYANGI BAYI ANDA


Salam utk ibu-ibu semua. Perasan tak ibu sekalian sejak kebelakangan ini kerap kita terdengar bayi meninggal kerana tersedak susu dan meninggal dalam tidur? Ini merupakan satu perkara yg menakutkan utk mereka yg bergelar ibu dan juga bapa. Pengalaman mengikuti blog satu pasangan muda yg kehilangan anak kerana tersedak susu semasa sedang tidur di Taska begitu meruntun hati Zie. Walaupun sebuah kematian itu memang sudah tersurat namun biarlah kematian itu bukan berpunca dari kelalaian kita. American of Paediatrics menyarankan posisi tidur yg sihat utk bayi adalah TIDUR TERLENTANG dan bukan meniarap atau mengiring. Mengikut kajian lagi kejadian mati mengejut telah berkurangan sebanyak 50% semenjak posisi tidur ini ditekankan pada tahun 1992. Jadi sama-samalah kita berwaspada ketika menidurkan bayi-bayi kita agar perkara yg buruk ini tidak terjadi kpd kita. Sekadar berkongsi cerita...........

No comments:

Post a Comment